nuffnang

FEBUARI

Thursday, November 27, 2008

meme lagik...

Waduh meme ni altramen bagi gue... tkpe aku jawab jgk seperti kata enchek xtimmyx aku suka di-interview... hehe layannn okeh


1. 7 Ciri Wanita/Lelaki Idaman Anda

a) sabar

b) ikhlas

c) jujur

d)

e)

f)

g)


2. 7 Wanita/Lelaki Yang Tak Pernah Anda Minati Sepanjang Hidup :

a)


3. 7 Perasaan Anda Sekiranya Keluar Dengan Orang Yang Minati :

4. 7 Tempat Istimewa Yang Ingin Dilawati Bersama Pasangan Anda :

5. 7 Barangan/Sesuatu Istimewa Yang Akan Anda Hadiahkan Kepada Si Dia :

6. Tajuk Lagu Yang Akan Anda Nyanyikan Untuk Pasangan Anda..-

7. Rakan Yang Anda Tag Dan Mahu Mereka Buat

7 PERIHAL Ini. Wajib!!!! Mereka Perlu Diberitahu Akan Hal Ini

Tuesday, November 25, 2008

Jawapan untuk tag endy.. hehe.. yang kena tag tu.. sila lah... :)

Starting time: 0600

Current song: Kotak (Extended version) – Plague Of Happiness

Name: Nas Plague

Sisters: Yes! 2 unit

Brothers: Yes! 2 unit

Shoe size: 8.5 (bleh kongsi kasut lagi dengan endy…. hehehe)

Height: 172 cm. Baru kire pukul 5pm tadi

Weight: 70 kg (maintain).

Where do you live: Pasir Gudang, Johor

Have you ever been on a plane: Yup.

Swam in the ocean: Yess!

Fallen asleep at school: Banyak kali… hobby. Cikgu ada pun tido jugak…

Fell off your chair: Ntah… pernah kot.

Sat by the phone all night waiting for someone to call: Hahahahahahahahahahaha…. Pernah. :(
Saved e-mails: Only important ones…

What is your room like:
Katil Queens… gerobok satu, cermin tinggi satu, cermin solek cum almari baju… kekadang ada Guitar gue, ada effect… longgokan lyrics tak jadi… site table atas dia longgokan buku2 travel… ipod hifi.. gambar gantung2 kat dinding…tema bilik… merah darah.. termasuk lampu diri, lampu pendek dan lagi satu lampu pendek…

What’s right beside you: Almari besi, PC ngan server… :P

What is the last thing you ate: Goreng pisang + neslo tarik

Ever had...Chicken pox?: Yup.

Sore throat: Jarang2…

Broken nose: Tak pernah

Do you believe in love at first sight: Hmmm no not really… eh.. ye la.. ha’ah.. ada ada..

Like picnics: Hmmm jarang2… sapa nak ajak???

Who was/were...The last person you danced with:
Semua orang yang tak kenal… kat City Plaza.. menari untuk Republic Of Brickfields..

Last made you smile:
Tak perasan… hari ni aku senyum kat semua orang, walaupun gambar bini sultan johor kat dinding opis….

You last yelled at:
Smalam… kat Tony vendor PABX box (Toshiba).. aku mmg tak suak akan dia..

Today did you...Talk to someone you like: Yes

Kissed anyone: Yes

Get sick: Missing someone…

Talk to an ex: Nope

Miss someone: Yeah. A lot

Who do you really hate: Tony

Do you like your hand-writing: Sometimes…

Are your toe nails painted: Tak. ishhh

Whose bed other than yours would you rather sleep in:
Pak Lah... kakakakakakah

Are you a friendly person: Sometimes.

Do you have any pets: Yes

Do you sleep with the TV on:
No. tarak tgk TV kat rumah… tgk TV kat ontot jer…What are you doing right now:
Keje beb… lagi 20minit nak balik

Can you handle the truth: Bleh bleh… no hal

Are you closer to your mother or father: Mama gue…

Do you eat healthy: Tgk keadaan.

Do you still have pictures of you & your ex:
Tak ada… eh.. ntah ek… kena check.

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to:
If I have a bad day… I like to be alone.

Are you loud or quiet most of the time: Loud.

Are you confident:
buat2 sangat condenfen… hehe

5 things I was doing 10 years ago
1. Baru 6 bulan keje Idemitsu.
2. Baru nak start Plague Of Happiness
3. Tgh giler skate (Skateboard)
4. Baru nak jinak2 travel.
5. kena pilih KL ke... JB. :) {tapi aku buat pilihan tepat...}

5 things I would do if I were a billionaire
1. Buat fixed deposit untuk bob jalankan kerja2 amal dia (kembangkan music sambil menderma)
2. Buat satu dewan serbaguna untuk music, teater, dan macam2 lagi lah… nak educate orang yang seni ni luas. (mana tau boleh guna untuk mangsa banjir) hehe
3. Beli pulau yang ada gunung, pastu buat resort.
4. Beli BMW GS1200 pastu travel mcm orang giler.
5. Bukak kedai roti canai kat vientienne laos.

5 of my bad habits

1. Yesss… saya adalah penghisap rokok yang tegar jugak
2. Saya suka membazir
3. Saya suka main hujan
4. Saya tak suka basuh kereta (tapi sekarang suka dah… hehehe )
5. Saya suka awak. {eh.. ada kene mengena tak?}

3 places I've lived/living
1. Pasir Gudang
2. Kota Bharu
3. Bandar Pusat Jengka
5 person i wanna tag:
1. Enchek xtimmyx
2. Jimbo
3. Enchek Melaka

4. Azmal PoH
5. Ober Se’bober

Monday, November 24, 2008

Perghhh korang...

Perghhh korang mmg champion update blog lah... :P tak terkejar aku. Giler! mana LADING SATU pegi????

Thursday, November 20, 2008

Kenapa ek?

Minta maaf kalau aku ter'cakap dalam bahasa melayu... 'Yes', I write few songs in english. Itukan art/idea.. yang ingin disampaikan dalam English. Tapi kite kan kat dalam MALAYSIA... cuba lah cakap dalam bahasa melayu. Kalau orang MALAYSIA tak cakap dalam bahasa melayu, kite nak suruh orang negara mana nak cakap dalam bahasa melayu.

Sbb pernah kena interview kat sebelah stage RTW6 dgn TV mana ntah... producer ckp 'shit... in malay ka? can you talk in english... ala broken pun takpe'. 'Hey! mcm mana nak popular kalau tak cakap dalam english...' :P hehe
Tak 'cool' ke bahasa melayu... ?

Atau generasi2 orang MALAYSIA akan datang memang, kite nak ajar orang MALAYSIA cakap English. Senang nak business, senang nak layan tourist... nampak lagi 'cool' dan bergaya. Nampak high class... nampak *ngetop*

Alah bahasa melayu ni untuk SPM jer... dapat lepas masuk universiti jadilah. :)

MALAYSIA ni negara berbilang bangsa... orang2 bukan melayu terasa tak? atau rasa tertindas ker tak, kalau cakap dalam bahasa melayu. Sebab bahasa ni melambangkan bangsa, culture, adat... kalau asyik bahasa melayu ajer, mcm mana pulak adat bangsa/kaum lain? terjaga ke?

Aku ni racist ke? atau nationalist? ker aku sgt selfish? tapi kalau aku tak cakap... mungkin tak bahasa melayu satu hari nanti orang dah tak gunakan. Mungkin tak? nak kena ganti dgn bahasa apa?

Atau kite ambik jalan tunggu dan lihat...

Monday, November 17, 2008

Hujung Minggu... :P

Gambar sekadar hiasan... ataupun kenangan... hehe

Aktiviti minggu ini... :P takde yang hebat. Sabtu sepatutnya dijadualkan untuk mengubahsuai trek cendol, telah ter'kensel akibat habit tidor ontot yang agak melampau. :P akhir sekali... sabtu di penuhi dgn aktiviti tidor jgk... kekeke

Ahad pagi, janji pukul 8am... bergegas aku sampai tempat dijanji kan. Seperti yang dijanjikan... kalau sampai on-time. Confirm satu umat pun tak ada... end up lepak kedai makan 2 jam baru g trek cendol... :P wah wah wah..

Trek ahad agak kering sikit... tapi hari tu jadualnya berbakti pada tanah. Cangkul2, Sudip2... parang, kapak smue dah stand by. Pastu nak tgk trek hasil nukilan ipin dgn ontot dorang build up minggu lepas berdua shj. giler kan...

Trek baru cendol sangat mengerunkan... :P hehehe (*sori takde gambo). Slepas mengemas dan menebas... ManDher ajak meng'test bukit yang amat cerun itu. Ontot dgn ipin tak bawak beskal... mula2 aku insist. Skilll MTB aku tak se'champion kawan2 aku... Jarhead dah geleng kepala... :P

Nak tak nak... layankan jer lah. Ride hari tu berakhir dgn eksiden dengan beberapa batu dan pokok yang amat keras... :P hehehe gigil kaki beb. Nasib baik pakai full face... takpe, lagi sekali turun cendol... ujian akan dijalankan kali kedua. :)

Video ada... nanti aku post..


Wednesday, November 12, 2008

Why travel?

Hua Shan National Park, Shaanxi, China

Tiger Leaping Gorge, Lijiang, China

Hanging Monastery, Datong, China
Aku rasa kebanyakan kengkawan rapat aku... mesti dorang pernah terdengar yang aku nak nak pegi Moscow, Russia pastu balik ikut jalan darat. Lalu Kazakhstan... lalu Urumqi, China... turun ke Xian... Lijian... Mengla-Boten.. Laos... Thai. Tapi aku tersangkut oleh masa dengan duit. Nakkkkkk sangat... nakkkkkkk.. :(

Daripada aku punyer kire2... tak dgn andaian yang aku akan spend masa kat Kazakhstan tak lebih dari 3 hari (sbb aku tak ada info sana... :P). Aku boleh sampai Bangkok dalam masa 20 approx. Dgn kos RM10K. Giler banyak kan... ini kos sebelum minyak naik. Aku plan 2 tahun lepas...
  • RM2100 --> Return flight AeroFlot g Moscow
    RM900 --> Backup flight dari Beijing ke Singapore (mana tau terkandas)
  • EUR1000 --> kite letak anggaran RM5K untuk belanja logging, transport, makan dan mungkin rokok (kalau ada mild seven)
  • USD500 --> kite letak anggaran RM2K untuk backup... kot2 kena rompak ker.
Tapi duit tarak... :( masa? boleh nego kot. hehe

Disebabkan itu... aku punyer hati sudah tada tenteram lah. Nampak tak gambar diatas... CHINA kan. Aku try tukar plan g CHINA... mengikut kira2 an aku. Budget melepasi kot. :P Tapi laluan belum dikenal pasti... aku tetinggal nota plak kat rumah (skrg kat opis).
Perjalanan akan dilalukan pada bulan March 09 (itu kalau dapat cuti). Anggaran kos... tak lebih RM4K (aku akan check nota dan revise pecahan'nya) termasuk flight. So tunggu yea...

Monday, November 10, 2008

Weekend Madness...

Mlake kata gambar ni baru lepas off road
Dr kiri: Gue, Ipin, Abg Ali, Zai & Mlake

Berkumpul sekejap kat Kg Pendas Laut. Gambar sblm balik P.Gudang.Tajuk blog jer ganas... sbnarnya tak berapa ganas pun, hehehe. This week friday... aku, abg ali, melaka dgn ipin join geng2 tmn perling (MdNoh) nite ride kat area situ. Balik keje jumaat kul 7:45pm kayuh terus g taman tasik pasir gudang, tunggu Melaka dgn abg ali... ipin sampai awal dah. Jumaat tu jugak azmal on the way g JB untuk PLAGUE rehearsal sabtu tu... kire2 dalam kul 11pm kot sampai. MdNoh kata tak jauh... kayuh malam sekejap jer. So, aku assume ok lah... sempat. :P
Smpai kedai MdNoh dorang dah nak start kayuh. Janji dalam kul 9pm gitu... so, untuk nite ride kali ni aku dah stand by FENIX lamp... baru sehari beli. Kire test product kena bayar sendiri ler nie.
5km sebelum masuk ladang (off road) ke Kg Pendas Laut, lalu kawasan perumahan kat belakang Tmn Perling tu... apa ek nama taman2 tue. hmm... Tmn Bukit Indah & Tmn Nusa Jaya. 80% daripada Off Road tu gravel... jalan agak luas lah. Tak ada canopy mcm track plentong. kalau tengahari ni mau pengsan... hehe Sapa2 suka single track... hmm sikit jer ada. Leisure XC, combination uphill & downhill yang rata2 moderate... cuma yang bestnya downhill malam2 buta off road dgn limited lights. Cuba bayangkan!!!
Ada 3 orag pakai FENIX lamp malam tu... yang sentiasa bukak aku jer ler. Tak reti, tapi mmg giler babas dia punyer cahaya... mcm lampu stadium. Sbb tak reti setting, bateri aku agak cepat habis jugk Abg ali kata kalau full blast boleh tahan MAX 3 jam jer.. :P
Sampai Kg Pendas Laut lebih kurang 2 jam lepas tu... agak fun jgk. Kayuhan di temani oleh taburan bintang dan cahaya bulan yang tak cukup bill (tak penuh). Aku tak pernah g Kg. Pendas ni... dorang kata kalau nak pegi kg ni kena ikut gelang patah.. :P tapi daripada pengamatan aku.. kalau waktu pagi, masa air laut tgh pasang... pemandangan kat sini mesti champion. Tapi nak redah XC dgn matahari terik atas kepala... hmm aku sanggup buat untuk touring jer. Lain dari itu, mintak maap!
Keseluruhan kayuhan 46km, mengambil masa hampir 4 jam. Itu pun masa balik kiteorang ikut jalan pintas. Kurangkan off road... dah malam buta beb. Kot2 ada nak menumpang... naya. aku dah tak bawak pannier... kekeke.. keseluruhan ride memuaskan. Kalau ada lagi... maybe aku ikut kot. Sbb budak2 perling super friendly. :) good point untuk dorang.
Lepas kayuh tu, aku jumpa azmal, muiz dgn endy kat UDA osman untuk nasik lemak... keke lupa nak bagitau. Azmal sampai pada masa yang dijangkakan... tapi aku lagi 2 jam nak sampai kete. Ingat dekat.. sorrie yer mal.. :P
Sabtu
Drum Setup Mike Mangini
Mike Mangini kat Singapore
Aku kat Mike Mangini punyer drum set... lokasi Swee Lee MFO
Thari tu jadual aku kena g singapore... nak repair beater holder paddle Iron Cobra pozy. Retak beb... hehe sebelum bertolak tu aku sempat g orang kawin babat kat dewan perjiranan, pg. Perut dah kenyang grk pick up azmal kat rumah perling dia terus g singapore.
1st stop g Swee Lee MFO warehouse (Eunos). Dah lama tak jumpa Arab (Sheikh) / drum tech Swee Lee. Pro mamat nie... kalau ada pro purcussionist dtg buar clinic, dia ler yang aka setup. Mostly Pearl dgn TAMA punyer drum jer... kot.
Barang yang aku carik tu spare parts tak ada... so, aku jejalan ler tgk barang. Bila aku tgk2 balik harga Gibson sekarang... hmm rasa beruntung jgk dapat Artist Program under gibson, cuma duit jer tak ada. Tapi workmanship Gibson makin lama makin kureng ler. apart daripada signature sound dia ler... tapi tak berbaloi kalau beli guitar mahal2 tapi hasil buatan dia tak berapa halus.. :P so kalau gibson reps pandai baca melayu, pastu jumpa blog aku... so, please mister betulkan yang tara betul yea. Tapi rata2 gibson 1960 smue okey... duit jer tak ada nak beli..
17 October 2008 kat Scarlet City Ang Mo Kio Hub ada Drum Clinic Mike Mangini (Pearl). Aku tak g tgk ler... tapi dapat bergambar dgn drum set dia. Swee Lee mcm biasa akan sembelih customer2nya dgn menjual drum itu dgn harga SGD16,000... so boleh? boleh? boleh jalan.. mahal giler lah. kekeke aku lebih suka PLAGUE punyer Grestch Catalina Club Series. Lepas g Swee Lee tu masa dihabiskan dgn melawat kedai2 beskal se'antaro singapore... g 2 kedai jer sebenarnya. hehe
Balik bergegas rehearsal pukul 10pm dgn PLAGUE...
Ahad
Sekian lama aku skate... nie 1st time ambik gambar sequence. Ollie tuuuuu!
Band of brothers... masih ada lagi ni yang tak datang...

Dr kiri: Sureas, Emie, Nausad, Ijat & Ipin
Pagi2 rancangan ipin nak mengusahakan track cendol (Gambar 1) & (Gambar 2)... tak kesampaian sbb hujan yang amat lebat. Thari hantar azmal kat busStand Larkin...
Petang ahad tu skate (sekian lama... hehe), dgn kawan2 lama. Skate kat RedPOint plak tu... Jln Kuning, Pelagi. 13 @ 14 tahun dulu... tempat nie penuh dgn skaters, dulu2 tak ada skate park beb... :P tiap2 minggu ada routine.. skate sekitar bandar JB. Petang tu skate dgn citer2 kisah dulu. Kire mcm gathering lah... cuma di sediakan 100plus dgn air mineral jer. Kuih2 tak ada..
Malam kul 9pm rehearsal lagik... :P
Till then... :)

Thursday, November 6, 2008

Rancangan Hari Natal... :)

Salah satu obsesi masa lampau, atau terkilan kerana kayuhan speda (beskal) dari Bukit Mertajam ke Pasir Gudang Eid-Ul-Adha 2 tahun lepas tersangkut @ tersadai di tanah pahang bernama Rompin... :P kegagalan menghantui diri sehingga ke hari ini. Perasaan luap meluap mencakar2 binak dan sanubari tatkala dinihari mahu pun ranjau malam yang berduri. Widah pulana celana yang robek akibat kegilaan belia mengayuh 200km (mtb eh... bukan road) 14 jam. Sadis!

Walau seluruh pelusuk indo-china, walau keindahan kepulauan riau... atau kemeriahan kehidupan pulau jawa atau kemegahan bongkah marble di giza, Rasa gundah gulana menyelinap segenap pembuluh sel2 darah akan kegagalan di tanah sendiri... hehe

Namun, rencana untuk menjelajah semula, tirai di renda seindah rupa membuka mata dan jiwa. Jelajahan ini diamati oleh beberapa (bukan 2) pembalap speda dari PG Gerek MTB... muka2 touring lama seperti Along (Abg Ali), Anga (Sazali Duni), Tok Mat (Rahmat)... sudah menghitung hari. Tak lupa juga kepada ahli2 baru seperti Melaka dan Apau (Fauzi). Ada desas desus pembalap speda yang menemani aku dari rencana 2 tahun lepas (tapi sangkut di dungun) akan ikut serta (ober)... mari kite lihat kebenarannya.
The Wekpen... picture without rack dan pannier.
The Cockpit The New Lights... giler terang tuuuu.. Segala berita terkini mengenai jelajahan Gurun-Tanah Merah ini akan dipost kedalam ruangan ini. Kepada sesiapa yang berani, mau mencuba, dan mau menikmati keindahan malaysia utara... sila menghubungi saya yer..

Barang2 wajib ada:~
1. Beskal/Speda (DH, FR, BMX bike boleh, tapi kalau tulang kaki terkeluar atau jerlihan lidah menghinggap ke tali pusat adalah kirana menanggung sendiri)
2. Rear rack dan pannier bag (Beg sandang, beg g pasar dan beg sekolah tidak digalak kan)
3. Spare Parts {Rantai, Tube Spare (2 bijik), tools kecik, Brek Pad... etc (sila bayangkan sendiri.. tk ada bayangan boleh tanya)}
4. Sleeping beg (jimat kos... bila lagik nak tido sebelah rimau :) )
5. Lampu depan belakang (mana tau nak g nyuluh malam2...)
6. Tuala, baju sikit, suar sikit... (jgn bawak baju macam nak g berjalan 5 tahun... tk sesuai)
7. Toileteries (aku tak akan bagi pinjam berus gigi aku... )
.... ada lagi tu additional..

okeh... minggu nie free.. yesss!
Ada night ride
Ada g singapore
Ada rehearsal
Ada g cendol buat trek...

salam...

Menyahut Cabaran Si Jambi Darat.... :P


1. What are you wearing?
Short Sleeve Shirt (petak2), Jacket & Seluar kilang... beserta tag nama yang ada gambar aku sekali dalam tue... dia tulis darah aku O+

2. What did you do last night?
Duduk rumah anga carik skru selama 2 jam... :P

3. Favorite Memory with significant other?
Challange terjun tiruk kat platform tengah laut kat Salang, Tioman.

4. Last gift received?
A great set & a great crowd at Seremban Parade, Seremban.

5. Describe the last picture you were in?
huk aleh... hmm.. owh... gambar dalam KAMI Concert (The Star), jarang dapat satu shot smue band members ada dalam. :P

6. Last thing you ate?
Telur(ada black peper sikit) dgn Roti petoq.

7. Last thing you drank?
Nescafe

8. What kind of underwear are you wearing?
Boxxer... :P (gue bukan brief punyer budak... kekeke)

9. What was your best vacation?
BORNEO trip with Endy, Intan, Wee, Plague, Munkees, Crew and beloved wife Nini.

10. What are you most looking forward to in the next vacation?
China to indo china bebeh!

11. What is happening around you?
Aku dikelilingi oleh file cabinet dan bunyik server yang menyebal'kan... :P

12. What is your shoe size?
8.5 (sama... jadi bleh tukaq2 pakai.. hehehe)

13. Last event you dressed up for?
Colors Of Indie Gig, Seremban Parade, Seremban :P

14. What is the most cheap thing you bought?
Cable terminator... 20 bijik seposen.

15. What is the most expensive thing you have on right now?
My FR Bike.

16. What is your favorite smell?
Kampung & hutan.

17. Is there something you really want to buy right now?

18. What are your nicknames?
Nas & T _ _ _ _ _ L (hanya bebudak ITM aku jer yang tau... kekeke)

19. What are your plans for today?
Wuish banyak... sebelum thari kena make sure PO NOS Server license keluar, kena g construction site make sure contractor buat my future server room ok, report audit logistic semalam kena keluar hari ni... ada visit dari tele dynamics yang aku sgt menyampah (sebab suruh datang bagi quotation tele-communication hari isnin hari baru nak datang "mmg nak kena nie!!"). MD balik lepas thari kena update progress tele dgn LAN cable route, ISM ground floor progress. Kena coordinate 3 company reps untuk fight tele & LAN cable route... kena bla bla bla... :P (mana aku tak isap rokok banyak... :P alasan!)

malam ayahanda balik dari medan... kena amik kat airport :)

20. Describe your friendster picture.
Tada friendster da...

21. Describe your myspace picture.
Tada personal myspace da...

22. Describe your facebook picture.
Huk ala... tada facebook da..

23. What did you do last weekend?
SAT --> Gig
SUN --> ABC Gath Dinner yearghhh!

24. Favorite brand of clothes?
Ben Sherman... hehehe tp ada sepasang jer.. keke

25. What is your ringtone?
Steady Riot by Big D And The Kids Table
kengkawan sila update list anda yearkk... bagi gue tau.

Monday, November 3, 2008

Between Stupidity & Me

Sabtu
letih + kenyang + happy (smalam) tak hilang lagi. Nasib baik gilir2 bawak kete. Orang pertama kena bawak... biasa ler AKU. Lepas mandi + solat kat RnR Ayer Keroh smue orang dah 'placing' tido. Giler... ipin cuba rasuah aku dgn DVD Catch22. Tgk sikit2 lah... tgh drive beb. Alih2 senyap jer smue tido... mata aku dah kelat2. Arghhh sudah...

Tutup DVD. try layan Big D... tahan kejap jer. Rasa dah terhuyung hayang dah van... ipin konon2 co-pilot pun dah lenyap hanyut. :P cuba bertahan sampai pagoh. Nasib baik sampai pagoh...nasib baik tak sampai ke rahmatullah... :P hehe next atoi then next arab... aku joun club TIDO..

Ahad
Sampai dah lepas subuh dah... dah nak pagi. Gara2 bawak pelan2 + mengantuk + banyak berenti minum ayer panas dgn hisap rokok. Aku nak kena rehat... malam ada dinner (ABC Gath Dinner). Lama tak jumpa enchek timmy dan abg aji (jimbo)... raya pun tak sempat.

So, peluang nie tak leh lepas. Ahad sebalum pegi dinner tu penuh dgn activity tido, bangun, tido, makan dan tido... nasib baik tak terlepas pukul 7pm. Bergegas aku menyiapkan diri... call jimbo kot2 ada dress code... mampuih kalau aku pakai short dgn sleeveless ajer. kekekeke

Smpai ada BELON.
hehehe... PELAMIN.
BOSS BOB pun ada tgh setting barang dgn YAN (snake cable).
Paling best jumpa Din Burung(dulu buatkan pacthes plague), Syed (Sireh), Din Akar... enchek xtimmyx (confirm kena ada... sbb amik gambar)... Fadhil Buncit pun ada. wah wah wah... ramai... dan ramai lagi kenalan yang dah lama tak jumpa. sgt best.

Wedding Reception paling unik aku pernah tgk sepanjang hidup aku... pingat untuk jimbo.. :)

Masa tgh2 event tu... jimbo mintak tolong hantar dorang g balik changi airport, flight kul 4:00am. Since aku takde buat mende... aku drive lah balik ambik passport. :P sampai2 pun event dah nak abis... dorang packing2 dalam 12:30am jgk lah grk g immigration.

The Epic Boredom Of Stupidity :P :(
Mak aku pesan... road tax baru renew, jadik autopass tu nak kena register balik kat red lane singapore immigration. So, aku pun grk lah... dgn niat baik dihati. Masa sampai kat tmpat cop passport tu autopass dah bagi warning error dah. Tapi aku cool jer... sbb kat red lane nanti re-register balik sbb road tax baru renew. Jimbo dgn xtimmyx dah ada kat depan dah..

Dgn confirm dan confidentnya aku bagi autopass card tu kat officer... dia check mmg betul aku punye road tax mati (yang bengongnya nape tak check sblm masuk... yer tak).. baru mati plak tu 30 Oct... (xtimmyx kan aku dah kata mesti masuk blog punyer... hik hik hik gatal kan)

yang kesian tu bebudak japang tue... Brutal Terrorism dgn Money Is God terpaksa lah mengambil teksi dgn ditemani oleh enchek xtimmyx. Sory ler kengkawan... sori yer Jimbo ngan xtimmyx. Lagik sorry kat bebudak jepang tu... kat said (singapore) pun sori jgk. Bukan main pesan lagi hantar ke changi dgn selamat.. hehe.

To make it worst... Kenji (drummer BT) punyer flight information dgn boarding pass dia untuk 31st Oct tertinggal dalam van. Yang ini aku jer yang perasan kot... sbb dari pagi hari ni, tak ada orang call pun cakap sorang budak jepun tertinggal... keke.. HAMPEH..!!

last but not least.. sori latok2... sori ah.. wa harap tarak jadik lagik... :(

goer n outz!..