nuffnang

FEBUARI

Wednesday, June 24, 2015

SANGKAK SESAK

Its has been a while.
Since the book written in MALAY Language, I'll review in MALAY. Sorry English reading people, there's few blog still in writing process including my Road Trip to BANGKOK in March and following THE FULL PLEDGE MUNKEES to JAPAN. :)

Dari Wan Fahti Kamil, Hafiz Rashid dan Rayhan...
Aku tak pernah review buku2 orang nih... hehe tapi dah janji dgn Rayhan nak buat. Jadi... sila lah membacanya ye.

*****

Buku rilisan Pustaka Kolektif ni sebenarnya mempunya 2 cerita. Satu ditulis oleh Wan Fahti Kamil dan sahabatnya Hafiz Rashid... cerita diberi nama SANGKAK. Dan saru daripada Rayhan Ahmad diber tajuk SESAK.

Aku tak pasti relatif antara kedua2 ayat SANGKAK dan SESAK ni... pengajian bahasa aku cetek... hehe... yang pastinya pengalaman mengembara diorang ni best. Apa2 pun pengalaman mengembara... dari sapa2 pun best. Sebab yang pasti tak ada yang sama. 

Kedua2 tempat ni... VIENTIENE, BANDUNG, BALI, aku pernah pergi... seronok baca dan relate dgn pengalaman yang ada.

Aku baca buku ni sehari lepas aku dapat dari Rayhan dekat event Kawan Fest. habis baca sepanjang perjalanan naik bus balik ke JB... tapi sekarang baru nak review... hehe sorry ye Rayhan. :)

*****

SANGKAK
oleh Wan Fahti Kamil & Hafiz Rashid


Perjalanan 5 sekawan ni, dalam process pembikinan 'Puncak I Love You Too'... dah tgk 'Puncak I Love You'?... sila tgk kejap video dibawah...


Filem pendek arahan salah satu penulis Hafiz Rashid dalam buku SANGKAK SESAK nih... menarik kan? dengarnya hasil2 seterusnya ke TV9... aku jenis tak tengok TV... jadi terlepaslah.

Pengalaman pengambaran dan kembara 5 sekawan ni tak kurang menarik... dari rumah, ke lapangan terbang... sampai di Bandung... HUJAN. Mujur diorang charter VAN untuk kemana2... dengan driver lokal nama ADI.

Cerita diserang pencari2 rezeki di TANGKUBAN PERAHU dan hari terakhir shooting di landasan keretapi... tak dapat aku bayangkan perjalanan cerita yang diorang nak buat tu. Tapi yang pasti pengalaman yang tertulis sentiasa buatkan aku senyum.

Kemudian cerita PEDOT dirasuk hantu di BALI... huh. Aku tak ada cerita2 pelik pegi BALI... tapi sepanjang aku mengembara ke sana ada kawasan2 yang agak ANGKER. :) tapi kebiasaan aku pergi dengan lokal... cerita Kamil dengan HAfiz betul2 buatkan aku teringat akan BALI...

*****

SESAK
Oleh Rayhan Ahmad


Aku secara personal suka sangat2 land border crossing... dari Laos ke China... dari China ke Nepal... Nepal ke India.. Laos ke Vitnam... Laos ke Kemboja... Kemboja ke Vietnam atau ke Thailand... Thiland ke Malaysia... Mungkin sejak dari kecil aku dah di didik pegi balik Singapura - Johor Bahru. Setiap kali Eid_Ul-Fitr... setiap kali nak carik barang2 rare... setiap kali nak skate... dan setiap kali nak buat urusan2 music. Dah terbiasa mungkin... ATAU sengaja cari pengalaman BARU, kerana setiap border corssing mesti ada cerita2 tersendiri...

Ada pengembara tak berapa suka merentas sempadan nih... sebab makan masa, urusan VISA dan imigrasi tak lekang pula urusan kastam dan sekuriti yang kadang2 menyakit hati. Tapi bagi aku, itu satu pengalaman yang sentiasa ada dalam benak... sentiasa tersimpan dalam hati untuk diceritakan.

Masa aku muda2 dulu (sekarang masih muda)... selalu mengembara seorang diri. Indo-China memang tempat bermain dan bergurau senda. Secara jujur, cerita Rayhan ni buatkan aku terkenang aku dulu2. Menggarap setiap sempadan yang ada sampai ke selatan CHINA.

*****
Secara kasar perjalanan Rayhan terletak didalam peta diatas. :)
Mengembara seoarang diri ke tempat yang kite tak pasti keadaan keselamatannya, tempat tinggal atau pun makanan adalah satu pekerjaan yang mencabar. Tapi kalau dah terbiasa dia akan dadah... akan jadi satu kemestian.

Perjalanan Rayhan bermula dari JOHOR BAHRU ke KUALA LUMPUR, singgah sebentar di IPOH dan berakhir di PENANG sebelum bergerak ke BUKIT KAYU HITAM. Bagus Rayhan nih... sebelum merentas sempadan seorang diri, jumpa kawan2 dulu... kalau aku dah tak sabor2 ke Thailand. :P

Rancangan awal naik kereta api ke BANGKOK bertukar dgn Bus ke HATYAI... kemudian baru kereta api. Kemudian ber kereta api lagi ke NONGKAI... Menjejak kan kaki di VIENTIENE kemudia mengubah perjalanannya ke selatan LAOS... PAKSE/PAKXE kemudian terpaksa berpatah balik ke VIENTIENE kerana tidak mahu melayan kerenah Imigrasi KEMBOJA.

Aku pernah masuk LAOS dgn duit yang sikit, tapi pengalaman keewangan Rayhan lagi melampau... hahaha... mujur nasib sentiasa menyebelahi Rayhan. Kalau tak mungkin Rayhan dah jadi rakyat LAOS...

*****

Apa yang menarik?
Pengalaman penulis unik... perjalanan beliau istimewa. Pengalaman beliau boleh dijadikan pengajaran untuk semua... kerana setiap perjalanan dari satu titik ke titik seterusnya sentiasa akan MENGAJAR kita erti kehidupan dan kemanusiaan.


Terima kasih Rayhan.


1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)