nuffnang

FEBUARI

Thursday, November 20, 2008

Kenapa ek?

Minta maaf kalau aku ter'cakap dalam bahasa melayu... 'Yes', I write few songs in english. Itukan art/idea.. yang ingin disampaikan dalam English. Tapi kite kan kat dalam MALAYSIA... cuba lah cakap dalam bahasa melayu. Kalau orang MALAYSIA tak cakap dalam bahasa melayu, kite nak suruh orang negara mana nak cakap dalam bahasa melayu.

Sbb pernah kena interview kat sebelah stage RTW6 dgn TV mana ntah... producer ckp 'shit... in malay ka? can you talk in english... ala broken pun takpe'. 'Hey! mcm mana nak popular kalau tak cakap dalam english...' :P hehe
Tak 'cool' ke bahasa melayu... ?

Atau generasi2 orang MALAYSIA akan datang memang, kite nak ajar orang MALAYSIA cakap English. Senang nak business, senang nak layan tourist... nampak lagi 'cool' dan bergaya. Nampak high class... nampak *ngetop*

Alah bahasa melayu ni untuk SPM jer... dapat lepas masuk universiti jadilah. :)

MALAYSIA ni negara berbilang bangsa... orang2 bukan melayu terasa tak? atau rasa tertindas ker tak, kalau cakap dalam bahasa melayu. Sebab bahasa ni melambangkan bangsa, culture, adat... kalau asyik bahasa melayu ajer, mcm mana pulak adat bangsa/kaum lain? terjaga ke?

Aku ni racist ke? atau nationalist? ker aku sgt selfish? tapi kalau aku tak cakap... mungkin tak bahasa melayu satu hari nanti orang dah tak gunakan. Mungkin tak? nak kena ganti dgn bahasa apa?

Atau kite ambik jalan tunggu dan lihat...

2 comments:

ultramantarojuga said...

ehm,,,
melayu mudah lupa,psal 2 r nie sume jadi,,,
bkan psal racist atau ape2,tp mmg kne prthankan bhsa mlyu,,,
bhsa mlmbangkan bngsa,,,
kuat bhsa 2,kuat la bngsa 2

paranoid of death said...

bahasa melayu penting..siapa lagi yang akan gunakan bahasa melayu selain kita sendiri..kalau dijepun..apa peduli diaorang dengan bahasa inggeris..kalau di german pun sama...sistem pendidikan diaorang pun semua guna bahasa kebangsaan diaorang sendiri..di Sweden pun sama..kenapa kita perlu malu..aku tak ambil kisah kalau orang kata aku racist ke..janji aku tau apa yang aku buat itu betul dan tak melanggar batasan dan hukum hakam. Bahasa itu melambangkan bangsa itu sendiri. Lepas ni aku nak cuba latih diri aku cakap bahasa malaysia dengan mat saleh. Pandai2 la diaorang nak faham ke tak..hehehe..Jangan marah aaa..